BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Wednesday, March 17, 2010

Berita.Hari.Ini:Seksyen tetap usia minimum kahwin tak perlu dipinda


KUALA LUMPUR: Enakmen keluarga Islam negeri, terutama berkaitan seksyen yang menetapkan usia minimum 16 tahun bagi perempuan yang hendak berkahwin tidak perlu dipinda, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sambil merujuk kepada kes kanak-kanak perempuan, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dikahwinkan dengan seorang lelaki tabligh berusia 41 tahun, beliau berkata, kes itu wujud disebabkan berlaku perlanggaran permohonan menerusi Mahkamah Syariah. Jamil Khir berkata, enakmen keluarga Islam yang berkuat kuasa di setiap negeri juga tidak ketinggalan zaman sehingga sebahagian peraturannya perlu dipinda bagi mengikut perkembangan semasa. “Enakmen berkenaan menetapkan kebenaran bagi perempuan yang hendak berkahwin adalah mereka yang berusia 16 tahun ke atas manakala perempuan bawah 16 tahun perlu mendapat kebenaran Mahkamah Syariah.

“Dalam hal ini, berlaku pelanggaran permohonan mahkamah. Undang-undang ada tetapi orang tidak mematuhi peraturan.

“Sebab itu kita mengharapkan siasatan dan tindakan perlu diambil. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana perlu memohon mahkamah terlebih dulu,” katanya pada sidang media selepas menangguhkan Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia ke-82 di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Siti Nur Zubaidah, dikahwinkan bapanya Hussin Mat Salleh, 54, dengan Shamsuddin Che Derahman, lelaki tabligh berusia 41 tahun selepas diperdaya bahawa perbuatan itu mengikut Sunnah Nabi Muhammad. Enakmen Keluarga Islam Kelantan menetapkan syarat usia berkahwin bagi perempuan minimum 16 tahun ke atas.

Jamil Khir bagaimanapun berkata, sebarang pindaan jika perlu dilakukan akan dibuat selepas mendengar pandangan dan keputusan Mahkamah Syariah berhubung status perkahwinan kanak-kanak perempuan berkenaan.

Beliau turut menegaskan yang kes ini tidak membabitkan isu kematangan seseorang wanita kerana kematangan bergantung kepada perkembangan hidup seseorang dan bukan kepada usia.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata, pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat boleh membuat semakan di Mahkamah Syariah berhubung kes penjagaan anaknya, Sunni Sazali yang dilarikan bekas isterinya, Aishah Jane Brummit, 13 tahun lalu.

Katanya, Lepat berhak membuat semakan atau menyaman kerana ia adalah hak kepada mana-mana individu untuk menuntut keadilan bagi dirinya.

“Tindakan Lepat itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan integriti Mahkamah Syariah kerana kita perlu melihat semula perkembangan kes itu. Lepat boleh membuat semakan kerana mungkin ada pro dan kontra dalam kes beliau,” katanya.

Komen saya : walaupun ada yang akan argue, "kanak-kanak umur 11 tahun pun sekarang ramai yang dah matured,bolehlah kahwin"...TETAPI tahukah anda tahap ke-mature-dan kanak-kanak itu dari segi apa?mustahil kanak-kanak yang baru 11 tahun hidup@mengenal dunia boleh matured dalam segala hal KERANA walau apa2 pun dia masih kurang dari segi pengalaman..masih banyak yang perlu di tempuhi dan di beri penekanan sebelum dia bergelar seorang isteri...masih banyak persediaan yang perlu di lakukan supaya kelak dia takkan menyesal dengan keputusan yang telah di buat...

No comments:

Post a Comment